BERITA TERKINI

SELAMAT DATANG KE APPLEGREEN HIJAB... SEMOGA IKATAN TERUS TERJALIN...

31 Disember 2014

ANNUAL DINNER APPLEGREEN HIJAB/KISWAH

Pihak Applegreen amat berbesar hati mengadakan Majlis Annual Dinner Applegreen Hijab/Kiswah bagi kali yang ke-3 semenjak penubuhan Applegreen Hijab/Kiswah di Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini diadakan sebagai tanda terima kasih kepada semua staff Applegreen Hijab/Kiswah kerana telah menunjukkan kesetiaan dan komitmet yang cukup tinggi bagi menjadikan syarikat ini masih bertahan sehingga kini. Tanpa pengorbanan mereka, sudah pasti Applegreen Hijab/Kiswah tidak mampu bertahan sehingga kini. Semasa majlis ini, pihak syarikat amat berbesar hati memberi BONUS TAHUNAN sebanyak setengah bulan gaji kepada staff yang telah berkhidmat melebihi 1 tahun dalam syarikat ini. Sekali lagi, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staff atas kesetiaan anda dengan Applegreen Hijab/Kiswah.

























InsyaAllah sekiranya Allah s.w.t izinkan, kami akan teruskan lagi majlis seperti ini pada tahun akan datang. Kami harap, kakitangan Applegreen Hijab/Kiswah dapat bersama-sama dengan kami menuju puncak kejayaan.

'Semoga Ikatan Terus Terjalin'