Applegreen Hijab buat pertama kalinya mengadakan Anual Dinner Applegreen Hijab di sebuah restoran kawasan Putatan pada 31/12/2012 jam 1900 Hrs. Tujuan program ini diadakan adalah untuk:
- Mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara majikan dan pekerja;
- Sebagai tanda ucapan terima kasih daripada majikan kepada pekerja yang setia dan bekerja bersungguh-sungguh memajukan Applegreen Hijab sejak penubuhannya pada akhir tahun 2010;
- Penyerahan bonus kepada pekerja;
- Penyerahan uniform Applegreen Hijab kepada semua pekerja. Pemakaian uniform ini bermula pada 01/01/2013; dan
- Menjelaskan MISI Applegreen Hijab bagi tahun 2013.
Saya selaku majikan Applegreen Hijab mengucapkan syabas kepada pekerja kami bernama Siti Norasita kerana dinaikkan pangkat Penyelia Cawangan Putatan. Semoga kenaikan pangkat ini akan memberi inspirasi dan semangat baru bagi tahun 2013 agar jualan tahun 2013 lebih tinggi daripada tahun 2012.
Berikut adalah gambar sepanjang majlis Anual Dinner Applegreen Hijab 2012.
Penyerahan Bonus Tahunan
Pemakaian Uniform Applegreen Hijab
Insya Allah sekiranya diizinkan Allah s.w.t, Applegreen Hijab akan mengadakan majlis Anual Dinner pada tahun hadapan di tempat yang lebih baik. Doakan kejayaan kami.
"Semoga Ikatan Terus Terjalin"