BERITA TERKINI

SEMUA WARGA APPLEGREEN HIJAB DAN KISWAH MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEMOGA IKATAN TERUS TERJALIN...

6 Sep 2011

SEJARAH PENUBUHAN APPLEGREEN HIJAB

Sebelum penubuhan Applegreen Hijab dilancarkan, perniagaan tudung dan selendang telah lama dilakukan.  Ia bermula pada awal tahun 2010 apabila kakak ipar (Pn. Junita) telah memberi beberapa helai tudung untuk dijual di kawasan penempatan kami.  Seterusnya saya memberanikan diri untuk mula menjual di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta.  Dalam masa yang sama, saya juga cuba berjinak-jinak dengan membuka gerai di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. Dengan tidak menghiraukan apa orang kata, saya berjaya membuka khemah dan meja di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kota Kinabalu.

Menggunakan khemah 10' x 10' untuk menjual tudung dan selendang di bulan Ramadhan.

Tidak lama kemudian, kami menerima maklumat bahawa terdapat sebuah kedai untuk disewa dan dengan bermodalkan hasil jualan di kaki lima itu juga, kami terus mengorak langkah baru untuk mempunyai premis kedai di kawasan putatan.  Kedai baru kami dibuka ketika bulan Ramadhan yang mana bertepatan dengan bulan rezeki bagi umat Islam iaitu pada 10/08/2010. 
 
Pakai kayu murah untuk tempat simpanan tudung.

 
Signboard pertama Applegreen Hijab


Pandangan dari luar kedai



Penasihat Ekonomi..
Inilah kedai Applegreen Hijab pada peringkat awal pembukaan.. pada ketika itu tidak ramai yang tahu tentang kewujudkan kedai tudung di Bangunan Putatan Court.  Apa pun kami cuba bertahan dari hari ke hari sehingga ke hari ini..

 

Alhamdulillah..syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan nikmat yang diberi kami terus mengorak langkah untuk mencuba ke tahap yang lebih jauh.  Setelah berusaha dengan gigih, kami berjaya membuka sebuah lagi cawangan baru di Lot.1-43, One Place Mall, Putatan yang telah dilancarkan pada 30/05/2011  .  Tujuan pembukaan cawangan baru ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pelanggan kami untuk membeli tudung.  Ini kerana cawangan pertama kami adalah terlalu kecil untuk memuatkan seramai 4 orang pelanggan.  Oleh itu, bagi merealisasikan hasrat pelanggan kami, maka wujudlah cawangan kedua ini.
dan..inilah keadaan kedai kami pada 17/09/2011..

.....keadaan kedai kedua kami pada 23/03/2012...

Pada 16/03/2012, kami telah diberi peluang untuk menambahkan keluasan kedai pertama kami dan pada 22/03/2012 kedai pertama kami ini telah siap sepenuh untuk menjalankan urusniaga dalam keadaan yang lebih selesa dan nyaman.
 
Kontraktor memecahkan dinding kedai.

keadaan kedai setelah dinding siap dibuka.

tuan kedai sedang khusuk menyusun tudung..


Pada 15/05/2012, Applegreen Hijab sekali lagi terpaksa melakukan perubahan ke atas strategi perniagaan.  Kedai kedua kami di Lot 1-43 telah dipindahkan ke Lot G-20 bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada semua pelanggan setia kami. Ini berikutan kami sering menerima rungutan daripada pelanggan kami mengatakan kedudukan kedai kami terlalu jauh masuk ke dalam One Place Mall sehubungan dengan itu, kami terpaksa melakukan anjakan paradigma dan tindakan drastik agar kehendak pelanggan kami dapat dipenuhi.  Berikut adalah gambar proses permindahan kedai kedua dari Lot 1-43 ke Lot G-20 di One Place Mall, Putatan.
  
Kedai kedua kami mula dibuka

Anak sulung kami (Muhammad) turut membantu proses pemindahan kedai.

Lot G-20 mula proses pengubahsuaian mengikut parten Applegreen Hijab.








Perpindahan kedai kedua ini telah siap sepenuhnya pada 21/05/2012.   
Pada 01/10/2012, Applegreen Hijab berjaya memasuki pasaran Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah.  Walau bagaimanapun, lokasi yang kami perolehi ini tidak begitu strategik kerana kedudukannya di bahagian belakang dalam bangunan KK Plaza.  Tambahan pula, banyak kedai tudung lain yang telah lama bertapak lebih awal daripada kami.  Namun demikian, semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjuangan kami.  Inilah gambar kedai cawangan ke-3 kami di KK Plaza, Kota Kinabalu, Sabah.
 
 
 
 

Alhamdulillah, pada 09/11/2013 (Sabtu) Applegreen telah berjaya mengorak langkah satu tapak baru ke bahagian perniagaan kain pasang yang dinamakan APPLEGREEN KISWAH.  Applegreen Kiswah merupakan salah satu anak syarikat Applegreen Hijab.  Mana-mana ahli Applegreen Hijab boleh menggunakan KAD AHLI dan KAD GOLD di Applegreen Kiswah yang mana turut mendapat DISKAUN TAMBAHAN 5% dan 10% sebagaimana peraturan dan faedah yang ada di kad tersebut.  

Berikut adalah gambar semasa Applegreen Kiswah mula dibangunkan di One Place Mall, Putatan, Sabah.









Insya Allah. sekiranya diizinkan Allah, kami akan mengorak langkah lebih jauh lagi pada tahun hadapan.  Kisah ini dipamerkan adalah untuk tatapan ahli Applegreen Hijab/Kiswah tersayang. Begitulah secara ringkas bagaimana Applegreen Hijab/Kiswah berkembang sehingga ke hari ini.  

Pada 10/04/2014, Applegreen Hijab telah menambah keluasan kedai di One Place Mall, Putatan. Lot G-20 dan G-19 telah digabungkan apabila penyewa G-19 telah berpindah tempat operasinya.  Peluang ini telah kami ambil bagi memberi ruang yang lebih selesa kepada semua pelanggan setia Applegreen Hijab. Dengan keluasan kedai ini, kami juga mampu menyediakan sebanyak yang mungkin tudung, selendang dan anak tudung kepada pelanggan kami.  Berikut adalah gambar semasa pengubahsuaian kedai di Lot G-20 dan G-19.





Semoga Ikatan Terus Terjalin.